Sunday, October 3, 2010

Selamat Hari Raya! :)

Salam Syawal,
Maaf lama tak meng'update' blog mahallah ni. Almaklumlah, saya agak busy dengan aktiviti mahallah disamping distribution baju mahallah. So macam mana dengan baju tu? puas hati? kalau ada sebarang komen, boleh saja post disini. :) insyaAllah, kami dari pihak MRC akan cuba buat yang terbaik untuk keselesaan anda semua..


Pada 25hb September yang lalu, MRC dengan kerjasama Kak Noni dan Miss Tini mengadakan sedikit jamuan Hari Raya di Fellow's Room. Makanan yang disediakan memang best. Antaranya soto, rendang, kuah kacang, sate, kuih-muih dsb..Kenyang sangat la kami semua malam tu.


yumm-yumm :D


semangat betul kak fadhilah! hehe

our vice president yg kiut-miut; Hayati with Ros :)
wah2, nak makan pun sempat posing ye kak thirah..hehe.
tambah lagi syamira :p
kak noni: haa, makan-makan, penat kak noni masak nih!
miss tini: orait, saya nak 2! hehe
makcik guard turut diundang :)

sedappnye hingga menjilat jari! ;p
itulah serba sedikit suasana di jamuan itu. Sory xbyak sgt gambar. Sibuk makan, xsempat nak bergambar sangat..hehe. apa pun, terima kasih kepada Madam Sa'yah dan Miss Tini yang banyak bersabar dengan karenah kami semua. Di bulan Syawal yang mulia ini, pihak kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon beribu ampun dan maaf jika program-program yang dijalankan tidak memuaskan hati anda. Juga jika kami ada terkasar bahasa atau tersilap budi bicara, minta maaf ye.. InsyaAllah semester hadapan kami akan buat yang terbaik untuk anda semua! Give us support kay.. :)


wassalam

No comments:

Post a Comment